mari beli obat, kalaulah terlambat tak dapat..
Begitulah lirik lagu yang pernah dinyanyikan dalam file Doremi. Cara promosinya cukup bagus iaitu dengan bernyanyi dan bermain alat muzik. Pesanannya sampai kepada orang disekililing sehingga semua membelinya sampai licin. Begitulah untungnya jual ubat jika kena dengan caranya walaupun ubat itu bukanlah ubat yang mujarab tetapi hanya campuran bahan-bahan yang entah apa-apa.
Hendak dijadikan kisah. Tengahari tadi ramai sangat manusia di Masjid Jamek menunaikan solat. Kalau nak tengok traffic jem manusia bolehlah pergi ke Masjed Jamek KL.Masa hendak balik dari Solat Jumaat terpaksa berjalan setapak-setapak sebelum melepasi pintu pagar masjid. Semua tu gara-gara ramai peminta-peminta sedekah menghalang laluan dan juga gerai-gerai yang menjual barang-barang tersendiri. Bila ada gerai mesti ada orang berkumpul.
Tengah berjalan tu, tiba-tiba telinga ini terdengar satu suara yang agak kuat tengah mempromosikan barangnya iaitu Ubat. Tak pasti ubat apa tapi telinga ini agak sakit bila promosinya berbunyi begini.
"Ya tuan-tuan, ubat ini satu-satunya,satu-satunya ubat yang boleh menghalang tuan-tuan dari siksa kubur!"
Hati saya terus berkata, ada juga orang macam ni? Macam mana ubat boleh menghalang dari siksa kubur. Walaupun ubat itu dibaca dengan ayat Al-Quran tetapi hakikatnya ia tetap ubat, sejenis makhluk yang tak bernyawa. Jika kita bergantung pada ubat bermakna kita dah menduakan Allah iaitu syirik. Adakah ubat itu lagi berkuasa? Janganlah kerana ingin mendapatkan untung, kita lupa kepada Allah.Awas! Jangan jadi orang musyrik!
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. [An-Nisa': 48]