Ku berjalan-jalan di atas muka bumi, lalu kusinggah sekejap di suatu kawasan yang redup di mana air mengalir tenang, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menampar lembut ke pipiku.Kedengaran suara kocakan air dimainkan oleh anak-anak kecil di kawasan jeram ini.Kubaringkan tubuhku di hamparan semulajadi yang Allah ciptakan.Begitu lembut terasa. Pancaran matahari ditutupi dengan dedaun pohon-pohon yang dahannya menjulang tinggi kelangit.Awan-awan berarak mengikut laluannya.Nikmatnya terasa membuat aku lalai seketika.
Disebelahku terdapat bunga yang aku tidak pasti apakah namanya.Kelihatan seekor lebah sedang sibuk melakukan kerja tetap sehariannya.Begitu gigih mencari madu.Alangkah bagusnya jika aku pun begitu.Dihinggapnya dari satu bunga ke satu bunga mencari makanan yang terbaik untuk penghuni-penghuninya.Tidak pernah kenal letih dan lesu.
Aku pernah terbaca tentang lebah. Lebah hidup secara berkumpulan.Mereka mempunyai satu sistem yang begitu teratur.Ditadbir oleh Sang Ratu yang mengawal segala kegiatan koloni lebah. Mempunyai lebah perkerja yang menguruskan sarang. Setiap diri sang lebah tahu dan faham fungsi masing-masing. Konsep kerjasama ada dalam koloni lebah.Lebah hanya makan manisan dan makanan yang baik seperti nektar dan tidak dipengaruhi dengan makanan yang bukan-bukan.
Lamunan ku terhenti seketika taktala ku melihat lebah tadi terbang jauh menuju ke satu tempat yang sudah aku ketahui iaitu sarangnya.Dari jauh aku ternampak sarangnya begitu kukuh melekat pada dahan yang kuat pada pohon yang tinggi.Tidak mungkin sarang itu diusik.Sudah tentu kubu itu dijaga dengan sebaik-baiknya oleh lebah penjaga. Begitu kagumnya aku pada lebah mengigatkan aku yang lebah pun ada ketetapannya.Setiap makhluk ciptaanNya pun ada ketetapan.Dari sekecil-kecil penciptaan sehingga sebesar-besar penciptaan.Namun adakah manusia itu sudah mengikut ketetapanNya?Soalan itu kembali kepada aku.
Mata aku terus mengekori laluan sang lebah tadi sehingga satu ketika mataku terpaku melihat dirinya terperangkap pada sarang labah-labah yang dibina pada ranting-ranting yang rapuh. Ingin aku menolong lebah itu tetapi bila difikirkan kembali biarlah hukum alam yang menentukan. Terasa marah pun ada pada labah-labah yang hanya mencari makanan dengan menggunakan perangkap tanpa disedari. Tidak berusaha tetapi hanya tunggu dan lihat. Sesekali aku terfikir alangkah sunyinya menjadi labah-labah kerana terpaksa hidup bersendirian. Berkerja pun secara sendirian.Tidak ada kawan.Tidak ada yang memimpin.Tidak ada sistem.Mungkin sebab itulah labah-labah malas mencari makanan. Jika ada haiwan yang terperangkap barulah ada makanan. Makan pula dengan menyedut segala intipati dari serangga yang sudah mati.
Kemudian aku melirik senyum..lebah itu berjaya meloloskan dirinya. ternyata tempat tinggal sang lelabah tidak sekukuh yang disangkakan..Mudah dibolosi musuh.Maka terpaksalah sang labah-labah berpuasa pada hari itu..
Moral of the story: Ikut resmi lebah jangan ikut resmi lelabah.Hidup biar dipimpin,Kerja biar berkumpulan,hidup biar bersistem.Jangan buat kerja berseorangan. Hasilnya tiada. =)
Artikel menarik tentang lebah
Lebah Madu Pembuat Sarang Yang Sempurna