Prolog
Tiba-tiba seekor lembu melintas keluar dengan lagak bersahaja, tunduk ke bumi umpama menyesali sesuatu. Kedengaran dentuman kuat antara makhluk ciptaan Tuhan dengan ciptaan manusia.
Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap.Tak bergerak.Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor lembu.
Nama aku Mat. Nama betul tak payahlah korang tahu. Kalau korang tahu bukan dapat faedah pun, cukuplah kalian mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana kebanyakan rakyat Malaysia ini. Biasalah kan, korang pun selalu dengar "Mamat mana pulak yang buang sisa tapi tak nak flush ni", atau "Siot betul Mamat ni, masuk simpang tak bagi signal, beli lampu signal mahal-mahal tapi tak nak guna", atau "Aku benci betul dengan mamat tuh, dahlah tak hensem, gigi mancung ada hati nak ngorat awek aku", atau "hati-hati lalu kat jalan tu,tu tempat mat gian selalu lepak". Nama mamat atau mat dah menjadi sinonim dengan kehidupan kalian sehari-hari.
Aku?Aku adalah seekor lembu. Nama saintifik aku Bos spp. Aku pun kurang pasti sebab apa orang putih panggil aku bos? Dia ingat aku ni bos dia ke?Aku pun tak inginla jadi bos diaorang.Tapi aku terimalah hakikat yang diorang tu lagi rendah dari aku.Aku adalah antara 1.3 billion spesies lembu yang melata di seluruh dunia. AKu bernasib baik sebab lahir-lahir sahaja aku dah ada rumah.Aku tinggal bersama-sama dengan moyang,datuk,nenek,ibu,bapa dengan adik beradik aku yang lain dalam sebuah rumah yang agak besar. Rumah aku dipanggil kandang.Aku berusia 2 tahun.Dalam usia aku sebegini aku sudah menjadi dewasa.Aku menghabiskan sekolah rendah dalam masa 6 bulan, sekolah menengah dalam masa 5 bulan, matriks dalam masa 1 bulan dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam masa 8 bulan. Kelmarin aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Pertanian dan Baja Asli.
Hidup aku sehari-hari macam korang jugak.Keluar mencari rezeki.Pagi-pagi aku akan keluar mencari makanan.Aku juga perlu makan. Sehari aku perlu makan sebanyak 20-30 kg rumput. Pagi itu aku cari makan jauh sikit.Aku nampak 2-3 orang tengah duduk berehat di sebuah pondok kecil. Aku makan perlahan-lahan di luar pagar.Tiba-tiba perut aku meragam.Bendera sudah dinaikkan.Akhirnya bom pun dilepaskan..ahh,lega. Tanpa disedari sebatang dahan buruk melayang melintasi muka ku ibarat cerita matrix,cuma kali ini bukan peluru.Nasib baik tak kena kepala aku.2-3 orang tadi mengejar aku dengan terhoyong hayang sambil memaki hamun aku."Celaka punya lembu..!" Sampai begitu sekali aku dihina seolah-aku aku ni binatang yang buruk.Seberapa ketika kemudian aku melihat 2-3 orang malaun tadi kembali ke pondok dan menghisap sesuatu di dalam sebuah plastik sambil meracau-racau tak tentu hala.Ceh sebusuk-busuk aku,sekotor-kotor aku,engkau lagi kotor manusia.Engkau lagi hina! Kemudian salah seorang dari malaun tadi bangun dan menuju ke arah sisa-sisa yang aku tinggalkan tadi.rupa-rupanya dia mengumpulkan gas yang terhasil dari sisa bom tadi untuk dihidu.Tak tahan aku dengan lagak jijik manusia tadi, aku terus meninggalkan kawasan itu dengan maki hamun di dalam hati.Aku kembali kepada kumpulan aku sambil mencari rumput yang segar dan manis untuk dimakan. Aku makan dengan tertib dan lemah lembut sekali.Sekali aku makan, aku akan mengunyahnya sampai hancur kemudian baru aku menelannya, bukan macam kalian yang gelojoh dan pelahap. kalau boleh semua makanan hendak disumbat dalam mulut sehingga kembung pipi-pipi penuh dengan makanan. Bila sudah kenyang, makanan berlebihan kalian akan buangnya ke dalam tong sampah.Tidak macam aku,aku tidak pernah membazir.Aku akan makan setiap rumput sehingga licin sampai menjadi sebuah padang.Di tempat itulah kalian selalu berebut-rebut sebiji bola.Kalau aku punyai duit akan aku beli bola dan bagi kepada kalian sebiji satu supaya korang tidak berebut lagi.
Menjelang malam aku akan pulang ke rumahku yang serba luas itu. Inilah masa untuk aku berehat setelah seharian berkerja mencari rezeki. Aku meregang-regangkan otot dan mencari port yang sesuai untuk aku landing. Mata aku hampir layu dan mulai tertutup tapi tak sempat aku nak lelapkan mata, bunyi yang agak bising menyakitkan telingaku. Bunyi irama macam dangdut.Dari jauh aku lihat manusia tengah bergelek sakan. Aku mengeluh sendirian. Ada jugak orang yang buat karaoke terbuka kat kedai-kedai makan ni.Tak reti nak berehat ke apa? Cubalah duduk kat rumah baca atau faham Al-Quran ke? Aku rasa kalau Al-Quran tu diturunkan dekat spesies aku, kitaorang akan lagi takut dengan Allah.Aku pun tahulah Allah yang ciptakan aku. Ingat aku takde otak ke?
Tapi Al-Quran tu diturunkan dekat spesies kalian. Sepatutnya kalian cuba menghayati isi kandungannya.Ahh..malas aku nak fikir pasal kalian.Baik aku fikir pasal kaum aku.Kitaorang ikut ketetapan.Tak pernah langgar fitrah.
Apabila hari dah pagi, aku keluar mencari rezeki lagi. Itulah kerja aku dan itulah kehidupan aku. Aku singgah sebentar di kawasan padang yang agak luas. Deria-deria rasa aku menyatakan di kawasan itu banyak rumput yang segar-segar. Sambil makan aku terpandang sehelai surat khabar. Aku cuba membacanya dengan pandangan monokular aku.Aku sudah pandai membaca pada usia aku 1 bulan di sekolah jenis kebangsaan lembu. Isi beritanya memualkan aku. Berita dari prosiding Mahkamah, berita rogol, bunuh, rempit,ragut,rasuah dan sebagainya. Selera makan aku terpadam. Dalam masyarakat aku tak ada berita-berita itu semua. Apa yang biasa aku dengar dalam masyarakat aku hanya berita kematian lembu dilanggar lori, berita kematian lembu akibat penyakit lembu gila,berita kematian lembu akibat penyakit kuku dan mulut,berita kematian lembu akibat sakit tua atau berita kematian lembu akibat dikorbankan. Berita-berita yang memualkan itu menyebabkan aku segera meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada selera untuk makan. Kalian memang memualkan aku. Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian lebih hina sebenarnya.
Sambil berjalan, aku terfikir kenapa aku dituduh dengan berbagai-bagai tohmahan? Aku tidak pernah menyakiti korang. Kenapa bila kalian asyik gagal dalam exam atau kalian buat perkara yang bodoh korang kaitkan dengan aku? Kalau kalian yang bodoh jangan dikaitkan dengan aku. Aku pun ada otak la.Aku boleh bezakan mana satu batu, mana satu rumput. Kalau batu tidak mungkin aku makan.aku hanya makan rumput. Kalian saja yang tak dapat bezakan mana satu baik mana satu buruk. Kenapa apabila kalian jadi pak turut atau kaki bodek kalian katakan seperti lembu dicucuk hidung? Kalian yang suka-suka hati cucuk hidung aku pastu kalian tak nak mengaku.
Kadang-kadang aku ingin menjadi seperti kuda yang gagah perkasa. Berlari sepantas kilat. Tapi aku bersyukur dengan anugerah Tuhan.Dengan keadaan aku yang begini aku belajar erti kehidupan. Aku cuma mampu hidup selama 8-12 tahun. Itu hakikat yang kalian mungkin tidak tahu. Namun dalam usia yang sesingkat itu aku boleh sumbangkan kepada kalian apa sahaja yang kalian mahu.Daripada kepala sampai ke kaki.Dari dalam organ dalaman sehingga bahan kumuh aku pun kalian sapu untuk buat baja. Sebab aku memang ditetapkan untuk membantu kalian. Aku cuma mampu berdoa agar aku boleh hidup selama mungkin dan aku cuba menghindari kawasan-kawasn berisiko tinggi. Tidak seperti kalian yang mencari mati di atas jalan-jalan raya dengan motosikal-motosikal dan kereta-kereta turbo bagaikan pelesit.
Begitulah kehidupan seharian aku.Pagi mencari rezeki. Pabila senja pulang ke rumah dan begitulah hari-hari seterusnya. Rutin harian aku memang begitu. Aku tahu kalian juga begitu kan? Pagi mencari rezeki, bila hari merangkak senja kalian akan pulang juga ke rumah. Dan begitulah rutin harian kalian. Jikalau begitu kita boleh jadi kawan. Kalian sama saja dengan lembu-lembu yang lain kalau rutin harian kalian sama dengan aku. Tapi kadang-kadang kalian lagi hebat, waktu malam kalian akan melencong ke tempat lain. Cuma satu sahaja yang boleh membezakan aku dengan kalian. Ibadat ikut acuan Al-Quran..
Epilog
Lembu itu hampir mati setelah dilanggar kereta. Sebelum dia mati, terlebih dahulu dia disembelih oleh tuannya agar selepas ini dia tahu bahawa dia dapat menyumbang sesuatu kepada tuannya.Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar keesokan hari. Mungkin kalau dia hidup lebih lama, dia mampu menjadi presiden lembu-lembu dan dengan daya fikirannya yang tinggi, dia mungkin mampu mengumpulkan lembu-lembu sedunia yang melebihi angka manusia untuk menyerang manusia.Hehehe
p/s: adaptasi dari monolog seekor lalat. =p

1 comments:
Best la cerita ni, kelakar pun ada... yang penting mesej yang nak disamapaikan tu...
Post a Comment