Pernah atau tidak dalam hidup kita, kita ambil pelajaran dari segala penciptaan yang ada di atas muka bumi? Pernah atau tidak kita terfikir mengapa Allah jadikan ini?Kenapa Allah jadikan itu?
Pernah atau tidak kita melihat kerengga bersama koloninya begitu setia menjaga setiap buah rambutan yang ada pada pokok yang didirikan tempat perlindungannya. Setiap kali kita ingin memetik buah rambutan, akan dikerah tentera-tenteranya datang melindungi seterusnya menggigit kita.Kerengga tidak makan buah rambutan tapi suka mengerumuninya.Tabiat kerengga adalah agresif dan mempunyai tabiat memburu yang ganas.Kerengga memburu serangga lain untuk dijadikan makanan.Persoalannya kenapa Kerengga marah bila kita ingin memetik buah rambutan sedangkan kerengga sendiri tidak pun makan buah rambutan malah tidak pernah merasai kemanisan buah tersebut?
Begitu juga perihal manusia. Manusia akan marah bila Al-Quran dijadikan cacian, dipijak-pijak, dibakar, dikencing, dipam ke dalam tandas dan dikoyak-kayakkan. Masing-masing cuba pertahankan Al-Quran yang agung dari diperlakukan sedemikan. Jika ditanya pada Mat Rempit sekalipun, mereka juga akan marah bila Al-Quran diperlakukan sedemikian.Sehingga ada yang boikot untuk menunjukkan protes. Persoalannya pernah atau tidak manusia ini merasai kemanisan Al-Quran itu? Pernah atau tidak manusia itu cuba memahami Al-Quran itu?
Samalah dengan kerengga tadi, marah bila kita ingin memetik buah rambutan,akan cuba untuk menyerang dan menggigit walhal kerengga itu sendiri belum pernah merasai kemanisan buah rambutan itu.Manusia akan marah bila Al-Quran dijadikan sasaran.boikot dan protes sana-sini walhal jarang sekali diri sendiri berpegang pada Al-Quran,merasai betapa manisnya hidup berpandukan Al-Quran. Lebih bagus kita merasai betapa agungnya Al-Quran itu bila kita memahaminya dan kita laksanakan perintah Allah yang ada di dalamnya. Baru keinginan untuk memeliharanya terbit dari jiwa. Apa guna kita marah bila Al-Quran dipijak-pijak tapi membacanya pun tidak. Memahaminya jauh sekali.
Jika Al-Quran itu boleh berkata-kata, tentu dia sekali akan menyoal "Kenapa engkau marah bila aku dipijak?Kenapa engkau marah bila aku dikoyak? Biarlah aku dilakukan sedemikan kerana selama ini engkau pun tidak pernah menghargai aku! Aku cuma sebuah buku yang dicetak di kilang-kilang, Aku tidak akan hilang selagi aku masih berada di dalam dada-dada orang yang diberi Ilmu!"

[Al-Ankabut:49] "Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.
0 comments:
Post a Comment