W@rkah Sahabat

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab

Kalau Tuhan hendak menarik nikmatNya..
Bila-bila sahaja DIA boleh lakukan.
Kadang-kadang kita alpa sesudah Allah bagi kesenangan
Kadang-kadang bila senang jarang sekali kita mensyukuriNya
Di waktu masalah melanda..
Tidak malu pula kita menadah tangan memohon pertolonganNya
Tidak segan pula sujud menyungkur ke bumi
Tetapi ingatlah setiap apa yang berlaku itu UjianNya
Kadang-kadang ujian itu menggoncangkan Iman
Kadang-kadang ujian itu merobekkan hati
Kadang-kadang ujian itu mendamaikan jiwa
Sesungguhnya Setelah kesulitan itu pasti ada kemudahan
Tika itu rebutlah peluang yang ada
Syukuri nikmatNya, laksanakan aturanNya, buktikan ketaqwaan
Selagi diri bergelar HambaNYA..


Sudah lama teringin untuk mengetahui kisah hidup seorang penakluk Konstantinopel iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh, Kini cita-cita itu menjadi kenyataan kerana kisahnya dibukukan dalam Novel Sejarah Islam tulisan Abdul Latip Talib.

Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel setelah lebih 800 tahun tentera Islam cuba untuk menawannya semenjak Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib lagi. Saidina Ali bin Abi Talib cuba menawan nya pada 34H, Kemudian Muawiyah pada 84H, usaha itu diteruskan oleh Sultan Sulaiman Abdul Malik pada 91H, Seterusnya Khalifah Harun Ar-Rasyid cuba menakluknya pada 165H. Akhir sekali oleh Sultan Murad pada 825H tetapi semuanya menemui kegagalan. Rasulullah telah mengisyaratkan bahawa "Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera."

Pada peperangan menakluki Konstantinopel ini, terciptanya satu senjata yang memusnahkan benteng Kota Konstantinopel yang dipanggil meriam.Penciptanya adalah Urban dari bangsa Yunani yang kemudian memeluk Islam kerana tertarik dengan keadilan dan kebaikan yang terdapat dalam Islam dan terserlah pada Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Dalam peperangan ini juga berlaku sesuatu yang di luar jangkaan manusia biasa di mana Sultan Muhammad Al-Fateh mengarahkan 70 buah armadanya belayar di daratan atau lebih tepat melalui bukit-bukit dengan hanya satu malam.Caranya dengan menebang pokok-pokok besar dan dijadikan landasan untuk kapal bergerak.Sultan Muhammad Al-Fateh berbuat demikian gara-gara pintu masuk ke Golden Horn atau Pelabuhan Tanduk Emas dihalang oleh tentera Rom dengan meletakkan rantai raksaksa yang sukar diputuskan.

Berbagai-bagai strategi digunakan untuk menawan Kota Konstantinopel sehinggalah pada tanggal 29 Mei 1453, Kota yang menjadi keagungan Bangsa Rom itu ditakluk oleh tentera Islam. Gereja Aya Sophia yang dibanggakan ditukar menjadi masjid dan Kota Konstantinopel ditukar namanya kepada Istanbul yang bermaksud Islam semuanya

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine

Mungkin inilah meriam besar yang digunakan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dalam usaha untuk menghancurkan Kota Konstantinopel.

Hai obat..hai obat..
mari beli obat, kalaulah terlambat tak dapat..

Begitulah lirik lagu yang pernah dinyanyikan dalam file Doremi. Cara promosinya cukup bagus iaitu dengan bernyanyi dan bermain alat muzik. Pesanannya sampai kepada orang disekililing sehingga semua membelinya sampai licin. Begitulah untungnya jual ubat jika kena dengan caranya walaupun ubat itu bukanlah ubat yang mujarab tetapi hanya campuran bahan-bahan yang entah apa-apa.

Hendak dijadikan kisah. Tengahari tadi ramai sangat manusia di Masjid Jamek menunaikan solat. Kalau nak tengok traffic jem manusia bolehlah pergi ke Masjed Jamek KL.Masa hendak balik dari Solat Jumaat terpaksa berjalan setapak-setapak sebelum melepasi pintu pagar masjid. Semua tu gara-gara ramai peminta-peminta sedekah menghalang laluan dan juga gerai-gerai yang menjual barang-barang tersendiri. Bila ada gerai mesti ada orang berkumpul.

Tengah berjalan tu, tiba-tiba telinga ini terdengar satu suara yang agak kuat tengah mempromosikan barangnya iaitu Ubat. Tak pasti ubat apa tapi telinga ini agak sakit bila promosinya berbunyi begini.

"Ya tuan-tuan, ubat ini satu-satunya,satu-satunya ubat yang boleh menghalang tuan-tuan dari siksa kubur!"

Hati saya terus berkata, ada juga orang macam ni? Macam mana ubat boleh menghalang dari siksa kubur. Walaupun ubat itu dibaca dengan ayat Al-Quran tetapi hakikatnya ia tetap ubat, sejenis makhluk yang tak bernyawa. Jika kita bergantung pada ubat bermakna kita dah menduakan Allah iaitu syirik. Adakah ubat itu lagi berkuasa? Janganlah kerana ingin mendapatkan untung, kita lupa kepada Allah.Awas! Jangan jadi orang musyrik!

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. [An-Nisa': 48]



Di dalam Al-quran Allah ada menceritakan tentang kisah tentera bergajah dan juga burung ababil. Tetapi perlu diingatkan Al-Quran itu bukan cerita yang dibuat-dibuat tetapi Al-Quran itu menjelaskan segala sesuatu dan pada kisah-kisah tersebut terdapat pelajaran bagi orang yang berakal.


Banyak riwayat yang tersebut dalam kisah tentera bergajah ini. Ada riwayat yang menyatakan tentera bergajah hancur kerana wabak cacar yang dihantar oleh Allah melalui kuman yang dibawa oleh binatang atau serangga yang boleh terbang seprti lalat. Ada riwayat juga menyatakan yang burung membawa 1 batu kecil pada paruh dan dua batu kecil pada kedua-dua belah kaki lalu dilontar kepada tentera bergajah dan batu itu hanya sebesar kacang dal.

Kemusykilan pula timbul bilamana dikatakan bagaimana tentera bergajah boleh berada di kawasan padang pasir?Sedangkan pada masa tersebut binatang tunggangan adalah terdiri daripada kuda, unta dan keldai. Ada yang menyatakan tentera bergajah itu datang dari Afrika. Adakah gajah mampu bertahan di kawasan padang pasir dengan badannya yang besar?Tidakkah gajah akan terjerlus ke dalam pasir kerana kakinya tidak sesuai untuk berada di padang pasir?

Hakikatnya ramai manusia yang cuba mempertahankan hujah masing-masing. Tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.Ada sesuatu yang tersirat yang Allah cuba sampaikan dalam kisah ini.

Jika kita lihat dari sudut ketenteraan, tentera bergajah adalah sebuah tentera yang kuat. Di mana pada waktu itu tidak ada yang mampu menandingi kekuatan seekor gajah. Dan gajah adalah terdiri daripada haiwan darat. Maka tentera bergajah ini adalah sebuah tentera darat yang sangat kuat.

Tetapi bagaimana tentera darat ini dikalahkan? Bila kita lihat pada surah Al-Fiil ayat ke-3, Allah mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong(Ababil).

Maksud Ababil adalah berbondong-bondong. Dan burung itu melemparkan mereka dengan batu berasal dari tanah yang terbakar seperti yang terdapat dalam ayat ke-4. Jadi apa yang hendak dimaksudkan dengan burung dan batu yang terbakar ini?

Burung adalah sejenis binatang yang boleh terbang dan sentiasa berada di udara.Adakalanya mendarat di kawasan tempat tinggalnya. Dilihat dari sudut ketenteraan burung yang berbondong-bondong ini adalah sebuah tentera udara.Bagaimana pula tentera udara ini menghancurkan tentera darat? Dengan membawa batu yang terbakar iaitu sejenis bahan yang sememangnya boleh terbakar.Maka batu yang terbakar itu diumpamakan seperti bom. Jadi burung yang membawa batu terbakar itu adalah seperti jet yang membawa bom-bom.

Kisah tentera bergajah dan burung ababil itu sememangnya kisah yang nyata di dalam Al-Quran.Sehingga di wahyukan dalam surah ke 105 iaitu Surah Al-Fiil. Tetapi kisah tersebut bukan setakat mati di situ sahaja sebagai cerita sejarah.Ia haruslah di ambil iktibar dan pelajaran.Maka apa pelajaran yang boleh diambil dari kisah ini ialah untuk mengalahkan tentera darat adalah melalui tentera udara! Maha Besar Allah. Allah itu Maha Berilmu. Allah sudah mengajarkan kepada umat Islam strategi ketenteraan lebih kurang 1400 tahun yang lampau. Jadi kita lihat balik keadaan sekarang. Siapa yang terlebih dahulu mengaplikasikan Al-Quran ini. Sama-sama fikirkan.


Prolog
Tiba-tiba seekor lembu melintas keluar dengan lagak bersahaja, tunduk ke bumi umpama menyesali sesuatu. Kedengaran dentuman kuat antara makhluk ciptaan Tuhan dengan ciptaan manusia.

Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap.Tak bergerak.Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor lembu.



Nama aku Mat. Nama betul tak payahlah korang tahu. Kalau korang tahu bukan dapat faedah pun, cukuplah kalian mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana kebanyakan rakyat Malaysia ini. Biasalah kan, korang pun selalu dengar "Mamat mana pulak yang buang sisa tapi tak nak flush ni", atau "Siot betul Mamat ni, masuk simpang tak bagi signal, beli lampu signal mahal-mahal tapi tak nak guna", atau "Aku benci betul dengan mamat tuh, dahlah tak hensem, gigi mancung ada hati nak ngorat awek aku", atau "hati-hati lalu kat jalan tu,tu tempat mat gian selalu lepak". Nama mamat atau mat dah menjadi sinonim dengan kehidupan kalian sehari-hari.

Aku?Aku adalah seekor lembu. Nama saintifik aku Bos spp. Aku pun kurang pasti sebab apa orang putih panggil aku bos? Dia ingat aku ni bos dia ke?Aku pun tak inginla jadi bos diaorang.Tapi aku terimalah hakikat yang diorang tu lagi rendah dari aku.Aku adalah antara 1.3 billion spesies lembu yang melata di seluruh dunia. AKu bernasib baik sebab lahir-lahir sahaja aku dah ada rumah.Aku tinggal bersama-sama dengan moyang,datuk,nenek,ibu,bapa dengan adik beradik aku yang lain dalam sebuah rumah yang agak besar. Rumah aku dipanggil kandang.Aku berusia 2 tahun.Dalam usia aku sebegini aku sudah menjadi dewasa.Aku menghabiskan sekolah rendah dalam masa 6 bulan, sekolah menengah dalam masa 5 bulan, matriks dalam masa 1 bulan dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam masa 8 bulan. Kelmarin aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Pertanian dan Baja Asli.

Hidup aku sehari-hari macam korang jugak.Keluar mencari rezeki.Pagi-pagi aku akan keluar mencari makanan.Aku juga perlu makan. Sehari aku perlu makan sebanyak 20-30 kg rumput. Pagi itu aku cari makan jauh sikit.Aku nampak 2-3 orang tengah duduk berehat di sebuah pondok kecil. Aku makan perlahan-lahan di luar pagar.Tiba-tiba perut aku meragam.Bendera sudah dinaikkan.Akhirnya bom pun dilepaskan..ahh,lega. Tanpa disedari sebatang dahan buruk melayang melintasi muka ku ibarat cerita matrix,cuma kali ini bukan peluru.Nasib baik tak kena kepala aku.2-3 orang tadi mengejar aku dengan terhoyong hayang sambil memaki hamun aku."Celaka punya lembu..!" Sampai begitu sekali aku dihina seolah-aku aku ni binatang yang buruk.Seberapa ketika kemudian aku melihat 2-3 orang malaun tadi kembali ke pondok dan menghisap sesuatu di dalam sebuah plastik sambil meracau-racau tak tentu hala.Ceh sebusuk-busuk aku,sekotor-kotor aku,engkau lagi kotor manusia.Engkau lagi hina! Kemudian salah seorang dari malaun tadi bangun dan menuju ke arah sisa-sisa yang aku tinggalkan tadi.rupa-rupanya dia mengumpulkan gas yang terhasil dari sisa bom tadi untuk dihidu.Tak tahan aku dengan lagak jijik manusia tadi, aku terus meninggalkan kawasan itu dengan maki hamun di dalam hati.Aku kembali kepada kumpulan aku sambil mencari rumput yang segar dan manis untuk dimakan. Aku makan dengan tertib dan lemah lembut sekali.Sekali aku makan, aku akan mengunyahnya sampai hancur kemudian baru aku menelannya, bukan macam kalian yang gelojoh dan pelahap. kalau boleh semua makanan hendak disumbat dalam mulut sehingga kembung pipi-pipi penuh dengan makanan. Bila sudah kenyang, makanan berlebihan kalian akan buangnya ke dalam tong sampah.Tidak macam aku,aku tidak pernah membazir.Aku akan makan setiap rumput sehingga licin sampai menjadi sebuah padang.Di tempat itulah kalian selalu berebut-rebut sebiji bola.Kalau aku punyai duit akan aku beli bola dan bagi kepada kalian sebiji satu supaya korang tidak berebut lagi.

Menjelang malam aku akan pulang ke rumahku yang serba luas itu. Inilah masa untuk aku berehat setelah seharian berkerja mencari rezeki. Aku meregang-regangkan otot dan mencari port yang sesuai untuk aku landing. Mata aku hampir layu dan mulai tertutup tapi tak sempat aku nak lelapkan mata, bunyi yang agak bising menyakitkan telingaku. Bunyi irama macam dangdut.Dari jauh aku lihat manusia tengah bergelek sakan. Aku mengeluh sendirian. Ada jugak orang yang buat karaoke terbuka kat kedai-kedai makan ni.Tak reti nak berehat ke apa? Cubalah duduk kat rumah baca atau faham Al-Quran ke? Aku rasa kalau Al-Quran tu diturunkan dekat spesies aku, kitaorang akan lagi takut dengan Allah.Aku pun tahulah Allah yang ciptakan aku. Ingat aku takde otak ke?
Tapi Al-Quran tu diturunkan dekat spesies kalian. Sepatutnya kalian cuba menghayati isi kandungannya.Ahh..malas aku nak fikir pasal kalian.Baik aku fikir pasal kaum aku.Kitaorang ikut ketetapan.Tak pernah langgar fitrah.

Apabila hari dah pagi, aku keluar mencari rezeki lagi. Itulah kerja aku dan itulah kehidupan aku. Aku singgah sebentar di kawasan padang yang agak luas. Deria-deria rasa aku menyatakan di kawasan itu banyak rumput yang segar-segar. Sambil makan aku terpandang sehelai surat khabar. Aku cuba membacanya dengan pandangan monokular aku.Aku sudah pandai membaca pada usia aku 1 bulan di sekolah jenis kebangsaan lembu. Isi beritanya memualkan aku. Berita dari prosiding Mahkamah, berita rogol, bunuh, rempit,ragut,rasuah dan sebagainya. Selera makan aku terpadam. Dalam masyarakat aku tak ada berita-berita itu semua. Apa yang biasa aku dengar dalam masyarakat aku hanya berita kematian lembu dilanggar lori, berita kematian lembu akibat penyakit lembu gila,berita kematian lembu akibat penyakit kuku dan mulut,berita kematian lembu akibat sakit tua atau berita kematian lembu akibat dikorbankan. Berita-berita yang memualkan itu menyebabkan aku segera meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada selera untuk makan. Kalian memang memualkan aku. Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian lebih hina sebenarnya.

Sambil berjalan, aku terfikir kenapa aku dituduh dengan berbagai-bagai tohmahan? Aku tidak pernah menyakiti korang. Kenapa bila kalian asyik gagal dalam exam atau kalian buat perkara yang bodoh korang kaitkan dengan aku? Kalau kalian yang bodoh jangan dikaitkan dengan aku. Aku pun ada otak la.Aku boleh bezakan mana satu batu, mana satu rumput. Kalau batu tidak mungkin aku makan.aku hanya makan rumput. Kalian saja yang tak dapat bezakan mana satu baik mana satu buruk. Kenapa apabila kalian jadi pak turut atau kaki bodek kalian katakan seperti lembu dicucuk hidung? Kalian yang suka-suka hati cucuk hidung aku pastu kalian tak nak mengaku.

Kadang-kadang aku ingin menjadi seperti kuda yang gagah perkasa. Berlari sepantas kilat. Tapi aku bersyukur dengan anugerah Tuhan.Dengan keadaan aku yang begini aku belajar erti kehidupan. Aku cuma mampu hidup selama 8-12 tahun. Itu hakikat yang kalian mungkin tidak tahu. Namun dalam usia yang sesingkat itu aku boleh sumbangkan kepada kalian apa sahaja yang kalian mahu.Daripada kepala sampai ke kaki.Dari dalam organ dalaman sehingga bahan kumuh aku pun kalian sapu untuk buat baja. Sebab aku memang ditetapkan untuk membantu kalian. Aku cuma mampu berdoa agar aku boleh hidup selama mungkin dan aku cuba menghindari kawasan-kawasn berisiko tinggi. Tidak seperti kalian yang mencari mati di atas jalan-jalan raya dengan motosikal-motosikal dan kereta-kereta turbo bagaikan pelesit.

Begitulah kehidupan seharian aku.Pagi mencari rezeki. Pabila senja pulang ke rumah dan begitulah hari-hari seterusnya. Rutin harian aku memang begitu. Aku tahu kalian juga begitu kan? Pagi mencari rezeki, bila hari merangkak senja kalian akan pulang juga ke rumah. Dan begitulah rutin harian kalian. Jikalau begitu kita boleh jadi kawan. Kalian sama saja dengan lembu-lembu yang lain kalau rutin harian kalian sama dengan aku. Tapi kadang-kadang kalian lagi hebat, waktu malam kalian akan melencong ke tempat lain. Cuma satu sahaja yang boleh membezakan aku dengan kalian. Ibadat ikut acuan Al-Quran..



Epilog

Lembu itu hampir mati setelah dilanggar kereta. Sebelum dia mati, terlebih dahulu dia disembelih oleh tuannya agar selepas ini dia tahu bahawa dia dapat menyumbang sesuatu kepada tuannya.Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar keesokan hari. Mungkin kalau dia hidup lebih lama, dia mampu menjadi presiden lembu-lembu dan dengan daya fikirannya yang tinggi, dia mungkin mampu mengumpulkan lembu-lembu sedunia yang melebihi angka manusia untuk menyerang manusia.Hehehe

p/s: adaptasi dari monolog seekor lalat. =p

Manusia pun belajar daripada lembu daa..


Apa matlamat kamu hidup di dunia ini?
Maka dijawab "Aku mahukan hidup yang bahagia,Kerjaya yang boleh menampung keluarga,bisnes sendiri, zuriat yang baik-baik,ada kereta sendiri,rumah sendiri dan banyak lagi"

Itu yang kamu panggil matlamat? Matlamat untuk diri sendiri sahaja?
"Bukan macam tu, ada rasa juga untuk membantu yang lain-lain, tapi biarlah diri ni dapat kepuasan dulu"

Tahukah kamu tujuan apa kamu diciptakan?
"ermmmmm........" "........??"

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku [Adz-Dzaariyaat:56]


Iya, kamu diciptakan tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menyembah ALLAH sahaja! Sudahkah kamu menyembahnya?
"sudah, aku solat 5 waktu, aku berpuasa, aku dah zakat!"

Adakah dengan solat 5 waktu,puasa dan zakat itu, kamu sudah dikira menyembahnya? Adakah kamu faham konsep hamba itu?Seorang hamba harus menurut segala perintah tuannya.Jika tidak pasti ada akibatnya. Justeru, siapa hamba?siapa tuan kamu?
"akulah hamba, Allah itu tuan aku yang Maha Besar!"

Kamu mengaku yang Allah itu tuan kamu, berapa banyak perintah yang kamu dah ikut?
"...Hanya Allah yang mengetahui"

Berapa banyak perintah yang kamu langgari?
"...Hanya Allah yang mengetahui"

Allah memang Maha Mengetahui, cuma kamu sahaja yang belum tahu.Tahukah kamu di manakah perintah Allah?
"Al-Quran.."

Berapa banyakkah perintah Allah di dalam Al-Quran?
"ermmm..aku tidak tahu.."

Semua isi kandungan Al-Quran itulah perintah Allah.Al-Quran bukanlah cerita yang dibuat-buat.Al-Quran bukanlah hanya cerita yang dibacakan kepada anak-anak sebelum tidur. Tetapi Al-Quran itu petunjuk dan pelajaran bagi orang yang bertaqwa.

(Al Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.[Ali Imran:138]


Maka, sudahkah kamu ambil pelajaran daripada Al-Quran? Sudahkah kamu memahami Al-Quran itu? Kamu tidak layak mengatakan Al-Quran itu suci selagi ia tidak menyucikan kamu apatah lagi kamu belum cintainya waima berpegang kepadanya!

Justeru jadikanlah Al-Quran itu sebagai petunjuk.Fahami Al-Quran dan As-Sunnah, nescaya tidak akan tersesat selama-lamanya. Jangan jadikan Al-Quran itu sebagai kitab bacaan, tetapi jadikanlah Al-Quran itu sebagai kitab amalan.

Jazakallah..

Chong: Wa tengok itu Al-Quran manyak tebal.
Hadi: Biasa je la Ah-Chong.Yang nipis pun ada tapi Muqaddam la.
Chong: iya ka?Berapa jumlah ayat dalam Al-Quran ha?
Hadi: (Berfikir sekejap).Saya selalu dengar orang cakap 6666 ayat.
Chong: wa..butul ka? lu sudah kila ke blum?
Hadi: (Dengan muka tersengih). Belum la Ah-Chong.Saya dengar dari orang jugak. Ustaz saya pun pernah cakap benda yang sama.
Chong: Oooo..lu dengar dari ustaz lu terus percaya ka?
Hadi: Eh, mestilah Ah-Chong. Ustaz kan banyak ilmu.
Chong: Kalau ustat tu pun dengar cakap olang jugak?
Hadi: Entahlah..
Chong: Tapi..6666 tu macam satanic number pun ada jugak.
Hadi: Lu jangan main-main Ah-Chong.Kang tak pasal-pasal benjol dahi lu.
Chong: Aiyaa.Jangan marah.Wa cuma tanya saja.
Hadi: oklah Ah-Chong aku nak gerak dulu.Banyak kerja!

Apa akan jadi kalau anda berada pada situasi di atas?Huhuhu.FYI, ayat Al-Quran bukan 6666. Nak tahu? Lu kiralah sendiri. Jangan malas nak berusaha. Ahaks..

Paparan Terbagus

Spread Firefox Affiliate Button

Pengikut Istimewa

Komentar Terkini

Post Terkini

Carta

Pewaris.Net's Top Blogs Carta Top Blog Ukhwah.com Topblogs @ iLuvislam

Sponsor

Free Website Hosting